Produk Kami

 PRODUK :

1. Multi Drug Test Cup 10 In 1 With Lock And Adulterants

2. The Multi-Drug Test Cup 10 IN 1 (ONSITE)

3. IMD One Step Multi-Drug Urine Test T-Cup 10 in 1

4. IMD One Step Multi-Drug Urine Test Panel Strips 10 in 1

 

1. MULTI DRUG TEST CUP 10 IN 1 WITH LOCK AND ADULTERANTS

 

SPESIFIKASI

  • Order Minimum : 500 cups / pcs 
  • Harga – Harga TERENDAH Dipasaran ! 
  • Mampu untuk mengesan 10 jenis dadah hanya melalui satu ujian (+-5 mins) 
  • Built in Adulterants Test for Anti Tampering (OX, SG, pH)
  • Urine Locking System by pressing method *Mampu menghalang sebarang penipuan semasa ujian dijalankan
  • Telah digunakan oleh Syarikat-syarikat Minyak & Gas terkemuka, Sektor Swasta, Kerajaan dll.
  • Dikeluarkan oleh syarikat yang terkenal & diiktiraf di Amerika Syarikat serta mendapat sijil pentauliahan dari FDA, ISO, CE dll.
  • Manufactured are covered by PRODUCT LIABILITY INSURANCE for USD 5 millions  *Produk dilindungi dengan insuran
  • Bayaran pendahuluan sebanyak 50 % untuk sebarang tempahan manakala baki selebihnya semasa penghantaran
  • Tempoh masa penghantaran : 30 hari

 

2. THE MULTI DRUG TEST CUP 10 IN 1 (ONSITE) 

 

SPESIFIKASI

  • Order Minimum – 2 cups/pcs for D.I.Y. 
  • Harga – Harga TERENDAH Dipasaran !
  • Mampu untuk mengesan 10 jenis dadah hanya melalui satu ujian (+-5 mins)
  •  Penggunaan sekali (Single usage) / Hanya melalui ujian air kencing (test on urine only)
  • Sedia menerima pesanan dalam kuantiti yang banyak (minimum 100 pcs) dengan 100% bayaran pendahuluan (negotiable) 
  • Diperbuat oleh : icare medical USA

 

3. IMD One Step Multi-Drug Urine Test T-Cup 10 in 1
4. IMD One Step Multi-Drug Urine Test Panel Strips 10 in 1

 

Produk dari iCARE Medical (USA)

Ujian air kencing merupakan medium alat ujian dadah yang paling popular. Kit Ujian Dadah Pelbagai ini adalah kit ujian saringan dadah yang paling lengkap yang berada dipasaran.

 

Kini, buat pertama kalinya ia dijual kepada umum samada untuk individu, syarikat mahupun komuniti dan juga masyarakat.

Ia mampu untuk mengesan sehingga 10 jenis dadah secara serentak hanya melalui satu ujian air kencing. Jenis dadah yang berupaya dikesan merupakan jenis-jenis dadah yang popular serta sering disalahgunakan dikalangan masyarakat.

 


KELULUSAN :

- CE
- US FDA (Food and Drug Administration)
- USM (Ujian Ketepatan)

ANTARA KATEGORI / JENIS-JENIS DADAH YANG BOLEH DIKESAN :

1. Opiate : Candu, Morfin, Heroin, Kodein
2. Canabinoid : Ganja, Hashish, Marijuana
3. Stimulan : Phetamine Kokain
4. Depresen : Methaqualone, Traquliser, Rohypnol, Eramin 5
5. Halusinogen : Lysergic Acid, Halluceno-Genic Mushroom, Dietthylamide (LSD), Diymethyltrp Tamine (DMT), Phenlyclidine (PCP), Ketamine
6. Psikotrapik (ATS) : Methamphetamine@Syabu, Amphetamine, Methylene Dioxymetham Phetamine (MDMA), Pil Ecstasy (XTC)

 

IMD One Step Multi-Drug Urine Test T-Cup 10 in 1
IMD One Step Multi-Drug Urine Test Panel Strips 10 in 1
IMD One Step Multi-Drug Urine Test Panel Strips 10 in 1

 

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Kit Ujian Dadah ini harus direndam di dalam sampel air kencing dalam masa 5-8 minit. Keputusan ujian akan dipaparkan melalui 10 petunjuk yang terdapat pada kit ujian.

2 Garisan Merah = –VE (Negatif)
1 Garisan Merah = +VE (Positif)

 

 

KELEBIHAN :

- Kos yang Efektif, harga yang berpatutan serta mudah digunakan oleh sesiapa sahaja
- Mobiliti, ujian boleh dilakukan di rumah mahupun di tempat kerja atau dimana-mana saja
- Kaedah pengesanan penyalahgunaan dadah secara serentak
- Hanya satu sample air kencing sudah mencukupi untuk mengesan pelbagai jenis dadah
- Mudah, cepat & keputusan yang tepat hanya dalam masa 5-8 minit

KETEPATAN :

>99.5 %

 

KUMPULAN SASARAN :

Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tetapi tidak tertakluk kepada mereka sahaja malah sesuai untuk :

- Sesi Ujian Pra-Pengambilan Pekerja oleh majikan
- Badan beruniform
- Para pelajar (sekolah, IPTA, IPTS)
- Pemandu lori, bas ataupun keretapi
- Lain-lain lagi

SIAPA YANG HARUS MEMILIKINYA :

1. IBU BAPA / PENJAGA :

Amat sesuai untuk pengawasan awal anak-anak ataupun remaja. Ujian boleh dilakukan sendiri di rumah. Pengesanan awal penyalahgunaan dadah boleh dilakukan untuk pemantauan anak-anak tanpa perlunya bantuan profesional atau melalui ujian rasmi daripada pihak berkuasa.

Ibu bapa mempunyai hak untuk membuat ujian pengesanan dadah terhadap anak-anak mereka tanpa kebenaran dari anak-anak selagi mereka berumur dibawah 18 tahun. Ibu bapa juga tidak perlu berasa malu kerana ujian akan dilakukan oleh mereka sendiri & hasil keputusannya juga tidak diketahui oleh orang lain melainkan diri mereka sendiri. Alat ini amat berkesan bagi memantau aktiviti anak-anak remaja demi masa depan yang lebih terjamin.

 

2. MAJIKAN :
Ujian saringan dadah terhadap pekerja ataupun pra-pengambilan pekerja. Majikan dapat mengesan sendiri para pekerja yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk tindakkan susulan.

Selain itu, majikan juga dapat membuat tapisan awal sebelum mengambil seseorang untuk bekerja dengan syarikat mereka. Dengan melakukan ujian awal saringan dadah, majikan dapat mengelakkan daripada menanggung kerugian akibat tersalah mengambil pekerja. Ini kerana pekerja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah hanya akan merugikan pihak syarikat disamping mencemarkan nama baik syarikat

3. GURU / PIHAK SEKOLAH / IPTA / IPTS :

Saringan ujian dadah boleh dilakukan terhadap pelajar yang bermasalah & disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ujian saringan awal dadah boleh dilakukan sendiri oleh pihak sekolah tanpa kehadiran pihak berkuasa ataupun mereka yang profesional.

Mereka boleh menjalankan sendiri ujian saringan tahap pertama (First Line Screening) untuk mengesahkan bahawa seseorang pelajar itu betul-betul terlibat dengan dadah untuk tindakkan awal sebelum diserahkan kepada pihak yang berkuasa untuk tindakkan selanjutnya.

 

Selain itu, kit ujian ini juga bersesuaian digunakan di IPTA mahupun IPTS. Ujian secara rawak boleh dijalankan terhadap pelajar yang bermasalah atau yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah demi menjaga nama baik IPTA / IPTS. 

 

2 thoughts on “Produk Kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>